Monday, October 31, 2011
Sunday, October 16, 2011
Monday, October 10, 2011
Melawan Kesepian
Surviving breakup...Siapa yg mahu putus cinta?..tak siapa kan...
Rasionalnya, cinta itu putus bila salah seorang drpd pasangan tidak mencintai pasangannya lagi. Macam2 penyebabnya...jawapannya hanya satu SUDAH TIDAK MENCINTAI...maka putus lah cinta itu. Kerana, kalau betul masih ada cinta pasti kita sanggup mengharungi apa jua HALANGAN selagi cinta ada di hati.
Kadang2 mcm2 tip tentang putus cinta yg kita baca, kita pelajari, kita cuba amalkan tetapi kesudahannya hati kita, diri kita...kita sendiri yg lalui keperitan itu.
Mcm mn sakit pun hidup harus diteruskan...dan mcm mn sakit pun kita pasti tiada daya menyambung kembali cinta atau memaksa dia kembali kpd kita. Walau mcm mn pun lemahnya kita, kita tiada pilihan utk merasai kesakitan itu.
Hanya satu sahabat akrab yg dpt membantu kita menangai segala kepedihan dan kekecewaan kita iaitu MASA. Hanya masa dpt menyembuhkan luka. Beri diri kita masa, beri diri kita ruang...Insyaallah maka dgn masa dan ruang pasti kita boleh bernafas seperti biasa.
Bercinta, putus...bercinta, putus...itu adalah satu proses kematangan. pasti dalam setiap percintaan dan kekecewaan kita lalui mcm2 cerita. Jadi selalu pandang positif atas setiap yg terjadi.
Asakkan dlm diri bahawa putus cinta itu bukan satu kegagalan ttp kemenangan yg didahului dgn kepahitan. maka jgn menyesali diri bila putus cinta. tak mengapa..tak jadi kudis...laluinya dgn bersahaja krn di situ terletaknya kekuatan hati kita yang sebenar.
Tanamkan dlm hati bhw putus cinta bukan KEHILANGAN ttp PENGENALAN. Kita bukan kehilangan dia ttp kita baru mengenali dia. Betapa kita bnyk belajar mengenali hati budi org. Bagaimana org yg selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka.
Dan kalau kita sedar betapa putus cinta itu adalah satu pelajaran yg tidak dpt kita perolehi dr mn2 institusi pun ttp hikmahnya lebih manis drpd cinta itu sendiri.
Percayalah...hidup ini tidak mudah yg disangkakan...tetapi tidak pula sukar utk kita lalui...LIVESTRONG
Subscribe to:
Posts (Atom)