Sunday, March 27, 2011

@Rahsia Hati@

AMIR

Buat pertama kali mama melihat air mata tanpa tangisan mengalir di kelopak mata amir. maafkan mama sayang. tiada niat utk membuatkan amir sedih. ketahuilah...apa pun yang jadi, mama tetap akan jadi mama n papa amir....mama cuma ada amir...mama takkan kecewakan amir. kasih sayang mama hanya utk amir. Bersabarlah sayang...moga semua yg terjadi ada hikmah di sebaliknya. IBU

Ibu, mengertilah...anakmu sengsara...maafkan anak mu, tak terdaya utk memenuhi segala impian mu. Tak sanggup utk menatap wajah kekecewaan itu. Terima kasih atas segalanya...tiada balasan yg mampu ku persembahkan..hanya menanti sebuah lagi kekecewaan. Hati mu terlalu tulus utk melihat aku bahagia...namun bahagia itu bkn milik ku...aku ditakdirkan bkn utk bahagia..cukup sekadar melihat org lain bahagia.

Thursday, March 24, 2011

25/3/2011 ~LiveStrong~



TODAY IS A GREAT DAY....ALHAMDULILLAH


Tiada sesiapa pun dpt meneka apa yg ada dlm isi hati.


Hanya Tuhan yang tahu.


~Life must go on ~ LiveStrong~



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


N : mana pegi Putri.Seroja dlm FB?
P : deactivate kejap...
N : ala...apa nie..dari dulu dah pesan...dah berjuta kali dah pesan..klu nk bercinta kn hepi2, seronok2, sporting, happy go lucky...ini blom apa2 dh potong stim..apa ni As..serabut la kepala abg dok pk As ni..sakit hati abg tau x...abg nk As happy

P : bersedih2 dahulu....bergumbira kemudian
N : Pleaaaassseee make yourself happy first before you make another happy...

P : erk....bley ke?
N : Boley bangat

P : ok..i will try...insyaallah..tunggguuuu..apa yg As buat utk kebaikan bersama.
N : x per..abg tunggu...cepat pegi tido

*msg from my BFF.....

Tuesday, March 22, 2011

Lagu Jiwa Berlagu Sepi

Seandainya kau ada di sini denganku
mungkin ku tak sendiri
bayanganmu yang selalu menemaniku
menghiasi malam sepiku
ku ingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah berpaling dari mu
walau kini kau jauh dari ku
kau kan selalu ku nanti
kerana ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah wahai pujangga
ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yang lain

Adakah rindu di hati mu
seperti rindu yang ku rasa
sanggupkah ku terus terlena
tanpamu di sisi ku

Ku kan selalu menantimu

~walaupun kau tidak merinduiku..ketahuilah..setiap detik ku rasa getarnya~

coretan rasa 23/3/2011

Monday, March 21, 2011

Pulanglah duka...tiada sakti padamu...

mengungkap bahasa jiwa yang sepi
menanti sesuatu yang mahu mengalir
dek sentuhan kasih yang suci
rindu yang amat...
....sangat
lantas mengalir saja air mata ini
mengenang kasih yang duka
asmara yang luka
tak mahu belayar pergi
meninggalkan aku
mengapa saja tak mahu
mengapa saja mendekatkan
mengapa saja melewatiku
seksa sudah tak mampu lagi
tak kasihankah padaku?????

Sunday, March 20, 2011

~Cinta~Love~

Cinta bukan sesuatu yang pahit kalau kita mengenali ia sedalam-dalamnya, tetapi cinta adalah sesuatu yang indah.

Cinta adalah seperti musim yang berlaku ~ musim bunga, tengkujuh, kemarau dan luruh.

Musim Bunga ~ bermulanya suatu percintaan, pertemuan, perkenalan...segalanya indah dan manis yang dikongsi bersama.

Musim Tengkujuh ~ pergaduhan melanda, perselisihan faham, cemburu dan marah berlaku tetapi anggaplah ini dugaan dalam hubungan.

Musim Kemarau ~ apabila persefahaman hilang. Kemarau tidak semestinya berakhir dgn perpisahan.....ianya sekadar ujian dalam bercinta.

Musim Luruh ~ sesuatu yang perit dalam kehidupan krn ianya bkn apa yg diminta dan diharapkan, gundah di hati hanya diri sendiri yang merasai. Kesakitan cinta sesungguhnya tidak dpt digambarkan atau diungkapkan dengan kata-kata.

@cinta yang sebenar adalah apabila kita membahagiakan pasangan kita@

Tuesday, March 1, 2011

Menghitung Hari



~~~Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri. Supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan dijadikanNya rasa kasih dan sayang di antara kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir~~

{Al-Rum: 21}

Tuesday, February 1, 2011

Bila Hati Berbicara


Kau datang ketika duka...dan bintang bercahaya tunjukku jln Syurga
Ku haus di tgh laut...lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan...peta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira...perit pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan Wali...yg suci dr hina dan benci
Terlalu lama aku mencuba...terlalu bnyk cinta yg ku damba
Tiada yg sempurna hanyalah fana

Tuhan ampunilah hambamu...

Ku rebah di dada malam...memecah dendam yg lama diam
Ku tanggalkan baju dunia...dakapku dgn selimut Syurga

Ya Tuhanku...hanya padaMu tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu...Dalam Tahajud Cinta Bersujud

~melalui hari yg paling sukar dlm hidup...rs tak mampu utk ku teruskan hidup ini lagi~1Feb2011