Tuesday, April 19, 2011

Cinta Hakiki

Pernah ku terdengar kata-kata 'cinta tak semestinya bersatu' dan 'love is letting go'. Ya, aku bersetuju. Apa yang penting ialah apabila kita cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun bukan bersama kita kerana kita kasihkan dia tanpa syarat. Tiada syarat untuk dia bersama kita, buat apa kalau itu menambah deritanya. Kita tak mahu org yg kita kasihi menderita.

Cinta yg ada jgn dikorbankan, biar ditolak, biar disisih jangan biarkan ia bertukar menjadi dendam. Semaikan ia sebagai kenangan, bergembiralah dengan ia, kerana cinta itu nikmat kebahagiaan. Doakan org yg kita kasihi dan cintai itu bahagia dan kita pasti bahagia dengan kebahagiaannya. Apalah ada pd rs marah, kecewa dan sedih, pd usia yg sesingkat ini. Gunakanlah hidup ini sepenuhnya, buangkan rs marah apabila cinta ditolak, buangkan rs kecewa apabila cinta tidak dihargai, buangkan rasa sedih apabila cinta tidak terbalas.

hiduplah sepenuh hati...cinta tak semestinya bersatu...mudah-mudahan kau bahagia bersama insan tersayang.

No comments:

Post a Comment